Latar belakang Tenggelamnya_RMS_Titanic

Titanic dalam pelayaran cubaan pada 2 April 1912

Pada masa Titanic memulakan perkhidmatannya pada 2 April 1912, Royal Mail Ship (RMS) Titanic adalah yang kedua[lower-alpha 1] daripada tiga buah kapal persiaran lautan kapal Olimpik, dan merupakan kapal terbesar di dunia ketika itu. Titanic dan saudaranya, RMS Olympic, hampir satu setengah kali ganda jumlah tan berdaftar kasar dengan RMS Lusitania dan RMS Mauretania oleh Cunard, iaitu pemegang rekod sebelumnya, dan hampir 100 kaki (30 m) lebih panjang.[6] Titanic boleh membawa seramai 3,547 orang dengan laju dan selesa,[7] dan dibina pada skala yang belum pernah dibuat sebelumnya. Enjin salingannya adalah yang terbesar yang pernah dibina, berdiri 40 kaki (12 m) tinggi dan dengan diameter silinder 9 kaki (2.7 m) memerlukan pembakaran 600 tan panjang (610 t) arang batu setiap hari.[7]

Penginapan penumpangnya, terutamanya bahagian Kelas Pertama, dikatakan sebagai "tak tertandingi dan gah",[8] yang dipaparkan melalui tambang penginapan Kelas Pertama. The Parlor Suites (suite paling mahal dan paling mewah di kapal itu) dengan laluan persiaran peribadi adalah berharga lebih $4,350 (bersamaan dengan $99,000 hari ini)[9] untuk laluan transatlantik satu hala. Malah Kelas Ketiga, walaupun agak kurang mewah daripada Kelas Kedua dan Pertama, adalah luar biasa selesa dengan piawaian kontemporari dan dibekalkan dengan kuantiti makanan baik yang banyak, memberikan penumpangnya kemudahan dan keadaan yang lebih baik daripada yang dialami kebanyakan mereka di rumah.[8]

Pelayaran sulung Titanic bermula sejurus selepas tengah hari pada 10 April 1912 ketika kapal itu meninggalkan Southampton pada perjalanan pertama ke New York.[10] Beberapa jam kemudian, Titanic berlabuh di Cherbourg di utara Perancis, satu perjalanan sejauh 80 batu nautika (148 km; 92 mi), di mana kapal itu mengambil lagi penumpang.[11] Pelabuhan seterusnya ialah Queenstown (sekarang Cobh) di Ireland, tiba pada tengah hari pada 11 April.[12] Titanic bertolak pada petangnya selepas mengambil lebih banyak penumpang dan barangan.[13]

Ketika kapal itu bertolak ke barat di menyeberangi Atlantik, ia membawa 892 orang anak kapal dan 1,320 orang penumpang. Ini hanya kira-kira separuh daripada kapasiti penuhnya iaitu sebanyak 2,435 orang,[14] kerana ketika itu adalah bukan musim puncak dan perkapalan dari UK telah diganggu oleh mogok pelombong arang batu.[15] Penumpangnya adalah sekumpulan masyarakat Edward, dari jutawan seperti John Jacob Astor dan Benjamin Guggenheim,[16] hinggalah ke pendatang miskin dari negara-negara yang berbeza seperti Armenia, Ireland, Itali, Sweden, Syria dan Rusia yang mencari kehidupan baru di Amerika Syarikat.[17]

Kapal itu dikemudikan oleh Kapten Edward Smith yang berusia 62 tahun, seorang kapten yang paling senior dari White Star Line. Beliau mempunyai empat dekad pengalaman pelayaran dan berkhidmat sebagai kapten RMS Olympic, yang mana beliau dipindahkan untuk mengepalai Titanic.[18] Kebanyakan kru yang berkhidmat di bawahnya bukan kelasi terlatih, tetapi sama ada jurutera, ahli bomba, atau penjaga dandang, yang bertanggungjawab menjaga enjin; atau pelayan dan kakitangan galei, yang bertanggungjawab terhadap penumpang. Enam orang pegawai pengawal dan 39 orang pelaut membentuk kira-kira lima peratus daripada kru,[14] dan kebanyakannya telah diambil terus di Southampton sehingga tidak mempunyai masa untuk membiasakan diri dengan kapal itu.[19]

Keadaan ais telah disebabkan oleh musim sejuk yang ringan yang mengakibatkan sejumlah besar aisberg bergerak dari pantai barat Greenland.[20]

Kebakaran telah bermula di salah satu tong arang batu Titanic kira-kira 10 hari sebelum berlepas kapal, dan terus membakar selama beberapa hari semasa pelayaran, tetapi berakhir pada 14 April.[21][22] Cuaca bertambah baik dengan ketara pada siang hari, dari angin laju dan laut sederhana pada waktu pagi hingga tenang menjelang petang ketika laluan kapal itu menuju ke sistem tekanan tinggi artik.[23]

Rujukan

WikiPedia: Tenggelamnya_RMS_Titanic http://www.materialstoday.com/view/1618/what-reall... http://timesmachine.nytimes.com/browser/1912/04/16... http://www.titanicology.com/FloodingByCompartment.... http://www.titanicology.com/Titanica/FireDownBelow... http://www.archive.org/stream/oceanusv2804wood#pag... http://www.encyclopedia-titanica.org/ http://www.minneapolisfed.org/community_education/... http://www.titanicinquiry.org/BOTInq/BOTReport/BOT... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=T... https://www.nytimes.com/1997/04/08/science/topplin...